Senin, 28 Februari 2011


AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI MASJID AlWI,KANGAR.
Antara aktiviti yang dijalankan di masjid ini adalah seperti diadakan kuliah setiap malam hari.Kuliah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang dibawakan khas dari jabatan agama Islam yang berdekatan serta penceramah-penceramah bebas.Kuliah ini mengambil masa selama 2 jam bermula selepas isyak.
Selain itu,aktiviti korban turut diadakan sempena menyambut hari raya korban pada setiap tahun.Ramai orang kampung akan datang memeriahkan suasana.selepas diadakan aktiviti korban,binatang yang dikorbankan seperti lembu,kambing ,unta dan kambing biri diagihkan kepada orang-orang kampung.
Aktivi musyawarrah juga turut diadakan.Perbincangan diadakan bersama-sama imam masjid serta pegawai-pegawai masjid yang berkaitan.Musyawarrah diadakan bertujuan untuk mencapai kata sepakat antara imam dan pegawai-pegawai masjid seperti persetujuan dalam menggunakan wang masjid untuk menaik taraf masjid atau mengadakan aktiviti yang berkaitan di masjid.
Pewaris-pewaris arwah si mati pula boleh menyumbangkan sejumlah wang untuk tabung penyelenggaraan tanah perkuburan.Sumbangan ini hanya dikhususkan untuk pewaris-pewaris si mati sahaja.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar