Senin, 28 Februari 2011


BATU ASAS MASJID ALWI,KANGAR
Batu asas Masjid Alwi,Kangar di letakkan oleh D.Y.M.M Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail DK(Perlis) SPMP.DK.(Malaysia)DMN SMN DK(Selangor)SPDK raja Negeri Perlis pada 18 Mac 1972 bersamaan dengan 2haribulan Safar 1302AH yang menagambil sempena keputeraan Baginda yang ke-51.

PENGHARGAAN
Bismillahir rahmaanir rahiim.
     Ahamdulillah,sehala puji bagi Allah yang menentukan segalanya.Dengan rahmat-Nya juga saya dapat menyelesaikan tugasan berkaitan masjid yang berdekatan dengan tempat tinggal saya.terlebih dahulu ucapan terima kasih ditujukan kepada Ustad Aziz yang banyak membantu  dan memberi tunjuk ajar dalam menjayakan tugasan ini.Selain itu,tanda penghargaan juga ditujukan kepada imam Masjid Alwi,Kangar iaitu imam Mohamad Zahid bin ibrahim yang sudi meluangkan masa memberi maklumat-maklumat yang berkaitan.Tidak lupa juga kepada para jemaah iaitu En.Harun syarif yang turut berkongsi pelbagai maklumat tentang masjid yang sangat indah ini.sekalung penghargaan juga ditujukan kepada Jabatan Agama Islam Kangar kerana dapat membantu memberi maklumat tentang masjid ini.Manakala jutaan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
     Semoga dengan adanya tugasan ini kita dapat mempelajari dan menghayati akan asal-usul masjid ini ataupun sejarah senibinya serta keindahan yang terdapat di Masjid Alwi Kangar ini.


AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI MASJID AlWI,KANGAR.
Antara aktiviti yang dijalankan di masjid ini adalah seperti diadakan kuliah setiap malam hari.Kuliah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang dibawakan khas dari jabatan agama Islam yang berdekatan serta penceramah-penceramah bebas.Kuliah ini mengambil masa selama 2 jam bermula selepas isyak.
Selain itu,aktiviti korban turut diadakan sempena menyambut hari raya korban pada setiap tahun.Ramai orang kampung akan datang memeriahkan suasana.selepas diadakan aktiviti korban,binatang yang dikorbankan seperti lembu,kambing ,unta dan kambing biri diagihkan kepada orang-orang kampung.
Aktivi musyawarrah juga turut diadakan.Perbincangan diadakan bersama-sama imam masjid serta pegawai-pegawai masjid yang berkaitan.Musyawarrah diadakan bertujuan untuk mencapai kata sepakat antara imam dan pegawai-pegawai masjid seperti persetujuan dalam menggunakan wang masjid untuk menaik taraf masjid atau mengadakan aktiviti yang berkaitan di masjid.
Pewaris-pewaris arwah si mati pula boleh menyumbangkan sejumlah wang untuk tabung penyelenggaraan tanah perkuburan.Sumbangan ini hanya dikhususkan untuk pewaris-pewaris si mati sahaja.


PROFIL IMAM
NAMA:Mohamad Zahid Bin Ibrahim.
UMUR:28 Tahun.
JAWATAN:Imam Masjid Alwi,Kangar,Perlis.
AKTIVITI DIJALANKAN DI MASJID:Minggu kuliah setiap 2 malam,Hari Raya Qurban.
SENIBINA MASJID:senibina Islam,senibina melayu,dan senibina barat.kebanyakan barang ditempah khas dari England seperti pintu masuk masjid dan khutbah masjid.

PENYATA KEWANGAN TABUNG MASJID ALWI.
BULAN:Januari             TAHUN:2011.
Minggu
Tabung Am(RM)
Tabung anak yatim(RM)
Bulan
Tabung Am(RM)
Lain-lain(RM)
       1
1201.70
1123.00
Januari
5824.10
3530.00
       2
1403.90
896.00
Februari


       3
1332.75
800.00
Mac


       4
1885.75
711.00
April



Jumlah bulan ini:-
RM 9354.10
Baki bulan lepas:-
RM 50512.91
Jumlah sekarang:-
RM59867.01
Perbelanjaan bulan ini:-
RM 7346.60
Baki sekarang:-
RM 5250.41
Baki di bank:-
RM 52479.48

PEGAWAI BERTUGAS.
1.      Hasyim Bin Taib (Imam1).
2.      Mohamad Zahid bin ibrahim (Imam2).
3.      Sallehuddin Bin Taib (Bilal).
4.      Mohd Firdaus Bin Salehuddin (Siak).