Selasa, 01 Maret 2011










TARIKAN DAN SENIBINA MASJID
Masjid Alwi ini mempunyai tarikannya yang tersendiri.Masjid yang tersergam indah ini mempunyai bentuk dan seni binaannya yang tersendiri.hampir keseluruhan masjid ini mengikut senibina  melayu lama dan mengalami sedikit sebanyak pengubahsuaian sesuai dengan peredaran masa.
Kawasan halaman luar masjid yang luas ditambah pula dengan gerbang pintu masuk masjid membuatkan masjid ini tampak gah.Hasil info yang diperolehi dari imam masjid ini sendiri iaitu Encik Muhamad Zahid,kebanyakan barangan ditempah dari Eropah seperti almari jam.pintu berpagar,corak bumbung dan pintu gerbang.Di sini terbukti ada nilai dan pengaruh dari Negara Eropah.
Tempat mengambil wuduk juga bukan hanya terletak di dalam tandas tetapi turut berada di luar perkarangan masjid bagi memudahkan orang ramai.Tempat mengambil wuduk di masjid ini sentiasa dalam keadaan yang bersih kerana kerja pembersihan dilakukan secara berkala bagi menjaga imej masjid itu sendiri.
Corak pada bahagian dalam masjid ini begitu mempesonakan.di bahagian dinding masjid terdapat tingkap-tingkap yang mempunyai pelbagai warna.Tingkap-tingkap ini juga ditempah khas dari luar negara iaitu kebanyakannya datang dari negara Eropah.Bahagian bumbung masjid pula dihiasi dengan corak yang diukir dengan begitu halus sekali.Di bahagian tempat solat lelaki pula diletakkan papan tanda ‘pintar’iaitu papan tanda yang memberi maklumat waktu solat,maklumat sejarah masjid dan kata-kata hikmah.
Bahagian solat lelaki dan perempuan diletakkan karpet berwarna biru muda.Jadi ini membuktikan keseragaman dan kekemasan yang terdapat di dalam Masjid Alwwi, Kangar,Perlis.Bahagian tempat meletak peralatan perkakas membersih masjid dipisahkan di suatu sudut di belakan ruang solat lelaki dan dinamakan stor simpanan barang.

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI MASJID.











KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI MASJID
Saya dapati bahawa kemudahan yang terdapat di Masjid Alwi amat lengkap.hal ini kerana masjid yang tersergam indah ini dilengkapi dengan penghawa dingin bagi keselesaan para jemaah.Bilangan penghawa dingin di masjid ini melebihi dari 6 buah.Penghawa dingin ini diletakkan di bahagian solat lelaki dan juga wanita.Penghawa dingin ini akan dipasangkan apabila tiba waktu –waktu solat dan tidak hanya terhad padawaktu itu sahaja.Hal ini kerana para jemaah yang datang bukan pada waktu solat juga boleh menggunakan penghawa dingin ini.penyelenggaraan terhadap penghawa dingin jika berlaku kerosakan dilakukan dengan cepat.Jadi tidak hairanlah apabila didapati semua penghawa dingin berfungsi dengan baik.Saya dapati pegawai serta badan-badan masjid sangat mementingkan keselesaan para jemaahnya.
Tidak terhad kepada penghawa dingin sahaja tetapi masjid ini juga menyediakan kipas angin yang mempunyai bentuk dan corak yang cantik dan unik.Lebih kurang 6 buah kipas angin terdapat di ruang  solat jemaah lelaki dan 6 buah lagi di ruang solat jemaah perempuan.Kos membeli kipas-kipas ini diambil dari tabung masjid,kutipan zakat,serta peruntukan dari kerajaan negeri Perlis itu sendiri.
Disebabkan masjid Alwi merupakan salah satu masjid yang mempunyai keluasan yang luas,kemudahan pembesar suara serta mikrofon juga disediakan.Hal ini membolehkan imam melaungkan azan dengan baik dan juga apabila bersolat,imam mengetuai bacaan solat dengan menggunakan mikrofon.
Imam pula mempunyai bilik khasnya sendiri supaya dapat memberi ruang dan keselesaan kepada beliau menguruskan masjid dan menyenangkan pihak-pihak tertentu apabila ingin bertemu ramah dengan beliau.Bilik imam dilengkapi dengan kemudahan IT iaitu komputer untuk memudahkan imam mengatur agenda-agenda serta pelbagai aktiviti untuk masjid ini sendiri.Pelbagai rekaan perabot yang unik serta corak yang cantik turut disediakan di dalam bilik imam.Ada yang diimport khas dari luar negara seperti Thailand dan England.
Selain itu,stor khas juga disediakan di bahagian belakang ruang solat utama di masjid ini.Stor ini disediakan untuk menyimpan barang-barang pembersihan seperti penyapu,paip air,perkakas elektrik dan seumpamanya.Susunan barangan  di dalam stor amat rapi dan kemas.Masjid ini diuruskan secara berkala oleh  pencuci masjid sukarela atau sebaliknya.
Manakala,rak-rak pembacaan ilmiah juga turut di sediakan.pengkhususan  rak seperti rak al-Quran,rak papan rehal menjadikan suasana di dalam masjid kemas dan tersusun.Terdapat banyak rak di dalam masjid ini kerana masjid ini mempunyai ruang yang luas.Ia diletakkan di suatu sudut tepi dinding masjid untuk menjimatkan ruang.
Apa yang lebih menarik  mengenai masjid ini ialah masjid ini dilengkapi dengan tandas OKU yang jarang terdapat di masjid-masjid lain.Kedudukan tandas ini terletak di lapangan luar masjid berhampiran dengan tandas lelaki dan perempuan.Tandas ini jjga dikhususkan untuk satu jantina juga.ini memberi keselesaan kepada orang kurang upaya menggunakannya.
Selain itu,kemudahan kasut jepun turut disediakan bagi memudahkan orang ramai menggunakannya untuk mengambil wuduk tanpa perlu memakai kasut sendiri lebih-lebih lagi jika membawa kasut yang bertutup dan sebagainya.Kasut-kasut ini disusun dengan kemas di bahagian luar pintu masjid.Manakala rak kasut disediakan bagi membolehkan orang ramai menyimpan kasut mereka di tempat yang lebih baik tanpa bimbang jika kasut terkena air atau dipijak orang.
Tempat duduk awam juga disediakan di luar perkarangan masjid.tempat duduk awam ini terdapat di setiap penjuru luar masjid dek keluasan masjid yang luas.
Disebabkan Masjid Alwi ini menjadi tumpuan orang ramai menunaikan solat,ruang meletak kenderaan yang luas juga disediakan.Ruang meletak kenderaan ini dikhususkan untuk motosikal sahaja dan ruang yang lebih besar dikhususkan untuk kenderaan bertaya empat.

LATAR BELAKANG MASJID.





LATAR BELAKANG MASJID.
      Masjid Alwi yang tersergam indah ini telah dibuka dengan rasminya oleh duli yang maha mulia tuanku Syed Alwi Almarhum Said Safi Jamalail yang merupakan raja negeri perlis pada masa itu pada 14 syawal bersamaan dengan 10 Februari 1933.
     Masjid ini dibina pada tahun 1931 dengan perbelanjaan bagi pembinaan sebanyak RM64,684.00.Wang ini telah diperoleh melalui kutipan wang zakat dan fitrah,derma dari pegawai-pegawai kerajaan yang beragama Islam dan saudagar-saudagar Islam serta peruntukan dari kerajaan Negeri Perlis.Usaha-usaha mengumpulkan wang pembinaannya telah dimulakan semenjak perkhidmatan Mr.Mc.Hay dahulu.
     Namun,hanya semasa perkhidmatan Mr.O.E.Venables barulah masjid ini telah siap dibina pada bulan Februari 1933.Masjid yang sungguh indah ini telah dinamakan Masjid Alwi sempena dengan nama Raja Syed Alwi.

PENUTUP.


PENUTUP
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas limpahan rahmat taufik dan hidayahNya,penulisan ini dapat dilaksanakan.Blog ini adalah khusus dalam menyampaikan penulisan berkaitan sesebuah masjid yang terdapat di sesuatu negeri.Saya memilih Masjid Alwi sebagai masjid pilihan saya kerana keunikan yang terdapat di masjid ini sendiri.Ia telahpun ditubuhkan semenjak perkhidmatan Mr.O.E.Venables lagi.seterusnya masjid ini mengalami perubahan serta penaik taraf dari segi struktrur bangunan,corak masjid dan senibinanya namun masih mengekalkan keasliansenibina Melayu dan Arabnya.
Hasil daripada segala usaha dalam menjayakan penulisan berkaitan masjid ini,dorongan dan bantuan daripada pelbagai pihak amat dihargai terutama imam masjid ini sendiri iaitu Encik muhammad zahid bin Ibrahim yang banyak menyampaikan info berkaitan Masjid Alwi ini.