KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI MASJID
Saya dapati bahawa kemudahan yang terdapat di Masjid Alwi amat lengkap.hal ini kerana masjid yang tersergam indah ini dilengkapi dengan penghawa dingin bagi keselesaan para jemaah.Bilangan penghawa dingin di masjid ini melebihi dari 6 buah.Penghawa dingin ini diletakkan di bahagian solat lelaki dan juga wanita.Penghawa dingin ini akan dipasangkan apabila tiba waktu –waktu solat dan tidak hanya terhad padawaktu itu sahaja.Hal ini kerana para jemaah yang datang bukan pada waktu solat juga boleh menggunakan penghawa dingin ini.penyelenggaraan terhadap penghawa dingin jika berlaku kerosakan dilakukan dengan cepat.Jadi tidak hairanlah apabila didapati semua penghawa dingin berfungsi dengan baik.Saya dapati pegawai serta badan-badan masjid sangat mementingkan keselesaan para jemaahnya.
Tidak terhad kepada penghawa dingin sahaja tetapi masjid ini juga menyediakan kipas angin yang mempunyai bentuk dan corak yang cantik dan unik.Lebih kurang 6 buah kipas angin terdapat di ruang solat jemaah lelaki dan 6 buah lagi di ruang solat jemaah perempuan.Kos membeli kipas-kipas ini diambil dari tabung masjid,kutipan zakat,serta peruntukan dari kerajaan negeri Perlis itu sendiri.
Disebabkan masjid Alwi merupakan salah satu masjid yang mempunyai keluasan yang luas,kemudahan pembesar suara serta mikrofon juga disediakan.Hal ini membolehkan imam melaungkan azan dengan baik dan juga apabila bersolat,imam mengetuai bacaan solat dengan menggunakan mikrofon.
Imam pula mempunyai bilik khasnya sendiri supaya dapat memberi ruang dan keselesaan kepada beliau menguruskan masjid dan menyenangkan pihak-pihak tertentu apabila ingin bertemu ramah dengan beliau.Bilik imam dilengkapi dengan kemudahan IT iaitu komputer untuk memudahkan imam mengatur agenda-agenda serta pelbagai aktiviti untuk masjid ini sendiri.Pelbagai rekaan perabot yang unik serta corak yang cantik turut disediakan di dalam bilik imam.Ada yang diimport khas dari luar negara seperti Thailand dan England.
Selain itu,stor khas juga disediakan di bahagian belakang ruang solat utama di masjid ini.Stor ini disediakan untuk menyimpan barang-barang pembersihan seperti penyapu,paip air,perkakas elektrik dan seumpamanya.Susunan barangan di dalam stor amat rapi dan kemas.Masjid ini diuruskan secara berkala oleh pencuci masjid sukarela atau sebaliknya.
Manakala,rak-rak pembacaan ilmiah juga turut di sediakan.pengkhususan rak seperti rak al-Quran,rak papan rehal menjadikan suasana di dalam masjid kemas dan tersusun.Terdapat banyak rak di dalam masjid ini kerana masjid ini mempunyai ruang yang luas.Ia diletakkan di suatu sudut tepi dinding masjid untuk menjimatkan ruang.
Apa yang lebih menarik mengenai masjid ini ialah masjid ini dilengkapi dengan tandas OKU yang jarang terdapat di masjid-masjid lain.Kedudukan tandas ini terletak di lapangan luar masjid berhampiran dengan tandas lelaki dan perempuan.Tandas ini jjga dikhususkan untuk satu jantina juga.ini memberi keselesaan kepada orang kurang upaya menggunakannya.
Selain itu,kemudahan kasut jepun turut disediakan bagi memudahkan orang ramai menggunakannya untuk mengambil wuduk tanpa perlu memakai kasut sendiri lebih-lebih lagi jika membawa kasut yang bertutup dan sebagainya.Kasut-kasut ini disusun dengan kemas di bahagian luar pintu masjid.Manakala rak kasut disediakan bagi membolehkan orang ramai menyimpan kasut mereka di tempat yang lebih baik tanpa bimbang jika kasut terkena air atau dipijak orang.
Tempat duduk awam juga disediakan di luar perkarangan masjid.tempat duduk awam ini terdapat di setiap penjuru luar masjid dek keluasan masjid yang luas.
Disebabkan Masjid Alwi ini menjadi tumpuan orang ramai menunaikan solat,ruang meletak kenderaan yang luas juga disediakan.Ruang meletak kenderaan ini dikhususkan untuk motosikal sahaja dan ruang yang lebih besar dikhususkan untuk kenderaan bertaya empat.